Wednesday, December 3, 2008

MINYAK TURUN LAGI !!!

YAB Dato' Seri Haji Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan penurunan harga Petrol dan Diesel sebanyak 10sen seliter semalam...
Petrol RON97 diturunkan daripada RM 2.00 kepada RM 1.90 manakala RON92 dan Diesel diturunkan daripada RM 1.90 kepada RM 1.80..

Penurunan ini merupakan kali ke-6 sejak ogos lalu dan ianya sejajar dengan penurunan bahan api itu di pasaran dunia. Sebelum ini harga Petrol dan Diesel telah mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu dan Kerajaan telah menaikkan harga runcit Petrol kepada RM 2.70 seliter dan RM 2.58 seliter untuk Diesel ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar RM 455.36 setong...Bagaimanapun Kerajaan telah menurunkan secara berperingkat setelah harga minyak di pasaran dunia jatuh merudum...

Apa yang Yeop nak perkatakan kat sine, kite sepatutnya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepade Kerajaan krane memikiyokan masalah kite dari sudut rhege minyak...Yelah kalo minyak tak diturunkan susahlah teman nak gerak, kome pun same juge kan... Pada pandangan yeop sendirilah, Yeop nengok Inile satu-satunye Kerajaan yang memperjuangkan serta membela nasib Rakyat...

No comments: