Tuesday, December 23, 2008

TIDAK MASOK SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI...

Baru-baru nie Yeop dan kome semuwe mesti dah dengor tentang isu Hudud yang diwar-warkan oleh PAS, dah sekian lame isu itu idak kite dengorkan. Ape yang yeop ndak ceritekan, Perlaksanaan hukum hudud mmang tidak termasuk dalam sistem pentadbiran Kerajaan Negri campuran itu, ini kerana Kerajaan Perak dah ade prinsip pemerintahan yang tersendiri. Yeop baca surat khabo dan yeop terbace yang Pengerusi DAP Perak ade ngatekan bahawe dasar Kerajaan negeri sediye ada adalah untuk memerintah negri ini berlandaskan prinsip keadilan, kewibawaan, ketelusan, amanah dan kebajikan. Diye juge mengatekan bahawe prinsip tersebot mesti sentiase dipegang kuat kerana udah dipersetujui secara bersame antara PAS, DAP dan keADILan seblum ini. Jadi ape yang yeop nampak kat sine, PAS sememangnye nak meraih sokongan daripda pengundi. Tambahan pulak tak lame lagi kan ke nak Pilihan raye kecik kat Kuala Trengganu, nie le masanye kan nak meraih undi... Tapi yeop ndak berpesan siket kat orang di Kuala Trengganu, kome pikiyo-pikiyo lah ye.. Ape yang yeop rasa tak ade Kerajaan yang lbih Telus,Adil dan Amanah selain Kerajaan Barisan Nasional betoi tak?

Wednesday, December 3, 2008

MINYAK TURUN LAGI !!!

YAB Dato' Seri Haji Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan penurunan harga Petrol dan Diesel sebanyak 10sen seliter semalam...
Petrol RON97 diturunkan daripada RM 2.00 kepada RM 1.90 manakala RON92 dan Diesel diturunkan daripada RM 1.90 kepada RM 1.80..

Penurunan ini merupakan kali ke-6 sejak ogos lalu dan ianya sejajar dengan penurunan bahan api itu di pasaran dunia. Sebelum ini harga Petrol dan Diesel telah mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu dan Kerajaan telah menaikkan harga runcit Petrol kepada RM 2.70 seliter dan RM 2.58 seliter untuk Diesel ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar RM 455.36 setong...Bagaimanapun Kerajaan telah menurunkan secara berperingkat setelah harga minyak di pasaran dunia jatuh merudum...

Apa yang Yeop nak perkatakan kat sine, kite sepatutnya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepade Kerajaan krane memikiyokan masalah kite dari sudut rhege minyak...Yelah kalo minyak tak diturunkan susahlah teman nak gerak, kome pun same juge kan... Pada pandangan yeop sendirilah, Yeop nengok Inile satu-satunye Kerajaan yang memperjuangkan serta membela nasib Rakyat...