Wednesday, May 14, 2008

DAP lawan ISTANA

“…Beta Titahkan supaya Dato’ Jamry menyambung tugas seperti biasa sehingga 31 Disember, 2009…”

“DYMM Sultan Perak tidak mempunyai kuasa sebagai Pemerintah Negeri Perak di dalam mana-mana keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri Perak dan mengikut undang-undang Istana tidak boleh mengarahkan kerajaan Negeri untuk melantik semula Dato’ Jamry Sury”





“Sultan Perak tidak berhak melantik semula pegawai kerajaan termasuk di Jabatan Agama Islam Perak.”


Tak betoi tuuuu… Konvensyen antara Kerajaan Negeri dan Istana dah dibuat lame dan udah pun SETUJU…

Apa kata Dato’ Zahid Hamidi..
“ Kedaulatan Raja mengatasi kedaulatan DAP yang mahu mengDAPkan Perak.”

MENGAPAKAH PAS DIAM????... DIAM TU TANDA SETUJU LE TUUU......

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya tidak mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury kerana ia dianggap menghina Islam.

Isu kuasa Sultan dalam hal ehwal agama tidak boleh dipolitikkan kerana ia telah termaktub dan diberi kuasa penuh dalam Perlembagaan Persekutuan. Kalau ini dipertikaikan sudah tentu ia menyentuh sensitiviti dan hak yang terdapat pada bangsa Melayu itu sendiri.

Sejak dari dulu lagi saya lihat Karpal tidak pernah taat dan sentiasa mempertikaikan kuasa Sultan dan agama Islam walaupun semua ini sudah termaktub dalam perlembagaan.

Saya tidak tahu apakah motif sebenar Karpal cuba berbuat begitu sejak dari dulu lagi. Siapa jua akan tersinggung jika sesuatu perubahan dilakukan dibawah kuasanya tanpa pengetahuan seperti pertukaran atau perkara berkaitan dengannya termasuk Sultan sendiri. Sepatutnya kalau hendak membuat pertukaran beritahu dahulu kepada Sultan kerana Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) memang dibawah kuasa Sultan. Inilah perkara biasa yang kita amalkan.