Tuesday, December 23, 2008

TIDAK MASOK SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI...

Baru-baru nie Yeop dan kome semuwe mesti dah dengor tentang isu Hudud yang diwar-warkan oleh PAS, dah sekian lame isu itu idak kite dengorkan. Ape yang yeop ndak ceritekan, Perlaksanaan hukum hudud mmang tidak termasuk dalam sistem pentadbiran Kerajaan Negri campuran itu, ini kerana Kerajaan Perak dah ade prinsip pemerintahan yang tersendiri. Yeop baca surat khabo dan yeop terbace yang Pengerusi DAP Perak ade ngatekan bahawe dasar Kerajaan negeri sediye ada adalah untuk memerintah negri ini berlandaskan prinsip keadilan, kewibawaan, ketelusan, amanah dan kebajikan. Diye juge mengatekan bahawe prinsip tersebot mesti sentiase dipegang kuat kerana udah dipersetujui secara bersame antara PAS, DAP dan keADILan seblum ini. Jadi ape yang yeop nampak kat sine, PAS sememangnye nak meraih sokongan daripda pengundi. Tambahan pulak tak lame lagi kan ke nak Pilihan raye kecik kat Kuala Trengganu, nie le masanye kan nak meraih undi... Tapi yeop ndak berpesan siket kat orang di Kuala Trengganu, kome pikiyo-pikiyo lah ye.. Ape yang yeop rasa tak ade Kerajaan yang lbih Telus,Adil dan Amanah selain Kerajaan Barisan Nasional betoi tak?

Wednesday, December 3, 2008

MINYAK TURUN LAGI !!!

YAB Dato' Seri Haji Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan penurunan harga Petrol dan Diesel sebanyak 10sen seliter semalam...
Petrol RON97 diturunkan daripada RM 2.00 kepada RM 1.90 manakala RON92 dan Diesel diturunkan daripada RM 1.90 kepada RM 1.80..

Penurunan ini merupakan kali ke-6 sejak ogos lalu dan ianya sejajar dengan penurunan bahan api itu di pasaran dunia. Sebelum ini harga Petrol dan Diesel telah mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu dan Kerajaan telah menaikkan harga runcit Petrol kepada RM 2.70 seliter dan RM 2.58 seliter untuk Diesel ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar RM 455.36 setong...Bagaimanapun Kerajaan telah menurunkan secara berperingkat setelah harga minyak di pasaran dunia jatuh merudum...

Apa yang Yeop nak perkatakan kat sine, kite sepatutnya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepade Kerajaan krane memikiyokan masalah kite dari sudut rhege minyak...Yelah kalo minyak tak diturunkan susahlah teman nak gerak, kome pun same juge kan... Pada pandangan yeop sendirilah, Yeop nengok Inile satu-satunye Kerajaan yang memperjuangkan serta membela nasib Rakyat...

Thursday, October 30, 2008

"PESANAN KEPADA SEMUA"

Yeop nak berkongsi cikit dengan kawan-kawan apa yang terbuku dihati yeop sekarang... Yeop harap janganlah ada yang terasa@menyalah ertikan apa yang yeop nak luahkan...
Keharmonian kaum diterima sebagai amalan hidup di negare ni, Rakyatnye sentiase menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan agama. Yeop selalu nengok dekat Market (pasar), kedai-kedai dan tidak kira di mana juge masyarakat di negare Malaysia yang bertuah ini semuanye boleh hidup dengan aman dengan mengamalkan sikap Muhibbah..
Tetapi malang sekali yeop nengok,sekarang ni macam ade je cube tiup api permusuhan yang selame nie kita hidup aman & damai...Keharmonian hidup tidak akan wujud jika kita sering bersengketa dan cepat melatah... rakyat seharusnye matang berfikir dan tidak terlalu mengikut perasaan dalam membuat keputusan,Seharusnye kite ni mengambil kira keseluruhan senario yang mungkin berlaku di negara ini... Mencari kesilapan orang lain memangnye mudah tapi susah kite mengakui kesilapan kite sendiri....
Hindarilah permusuhan kaum kerana selama ini kita hidup dalam aman dan damai....

Wednesday, September 24, 2008

TERIMA KASIH PAK LAH dan KERAJAAN PUSAT...

Jam 7.00 Pagi tadi, yeop gerak untuk memulakan kerja...Sebelum yeop sampai ditempat kerja, yeop singgah jap kat setesen minyak (nak ngisi minyak Moto).....yeop tetiba terpandang harga minyak Petrol kat meter pamp 2 dan yeop nengok harga minyak dah turun tau.....

Yeop pun terus beli dan baca surat kabo dan ape yang yeop dapati, memang Kerajaan Pusat telahpun turunkan harga minyak seperti yang dijanjikan.....Rasa baru je dua bulan lepaih, harga runcit petrol RON97 diturunkan 15 sen seliter daripada RM2.70 kepada RM2.55; RON92 pula dikurangkan 22 sen seliter daripada RM2.62 kepada RM2.40 dan diesel diturunkan 8 sen seliter daripada RM2.58 kepada RM2.50. Pagi tadi petrol RON97 turun RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40).

Dalam masa dua bulan jer harga turun...Cuba kita ingat balik, dulu (harga minyak turun) 15 sen, hari ini 10 sen, dah jadi 25 sen harge minyak turun.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu Mengucapkan Terima Kasih kepada Kerajaan Pusat sebab dah ringankan sikit beban rakyat tambah-tambah lagi nak menyambut Raye Aidilfitri.....

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...



Sunday, July 13, 2008

KENAPE MENTERI BESO SENYAP?

Ape yang Yeop dengor, "PERJANJIAN PANGKOR II" yang dibuat oleh PAS dan DAP, antare isi kandunganye melarang Menteri Beso Perak menyebut Negeri Perak diperintah oleh Islam..
Tapi yang menjadi tande-tanye dalam diri yeop nie, PAS kate memperjuang untuk menegakkan Pemerintahan Islam di Perak..Yelah, Selame nipun, PAS menyatakan Pembentukan Kerajaan Campuran deme tu berasakan 'Tahalluf Siyasi' atau dalam ertinya Persefahaman Politik.. Tapikan, kenape macam terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan parti semata-mata nak berkuasa?

Thursday, July 10, 2008

Nak jadi Populer, Tapi Tak Kene Gaye...

Yeop dengor crite yang Negara Venezuela satu ketike dalu pernah menjadi sebuah negara pengeluwo minyak yang Utame di dunia... Ape yang Yeop faham, Negare tersebut pernah mengeluwokan sebanyak 5juta tong minyak sehari dan kini hanye 2.5juta tong saje yang dikeluwokan deme..

Pada masa tersebut, Kerajaan Venezuela nak jadi Kerajaan yang Popular dan bagi Subsidi Minyak yang terlalu tinggikepade penduduknya..Yeop dapat info nilainya sebanyak RM0.30sen Seliter.. Huihh banyak tuu...Yelah, nak jadi Popular dikalangan rakyatkan..Tapikan,masa tu kan Kerajaan deme tak pikiyo pun pase pertanian sebagai sumber makanan..

Sekarang nie tengok le sendiri deme terpakse Import makanan daripada negara luar..tak ke jenuh 22222....Tapi kat negere Malaysia mujolah negare kite x macam 2..Mujolah Pemimpin Kite dah pikiyo dari dulu tentang Pertanian...

Monday, July 7, 2008

UCAPAN TAHNIAH KEPADA KERAJAAN NEGERI PERAK

"TAHNIAH" KEPADA KERAJAAN NEGERI PERAK

I- BERJAYA memberikan Pajakan Tanah kepada Kampung Baru Cina selama 999 Tahun.

II-BERJAYA melaksanakan "PERJANJIAN PANGKOR II".

UNTUK SEMUA

Wednesday, May 14, 2008

DAP lawan ISTANA

“…Beta Titahkan supaya Dato’ Jamry menyambung tugas seperti biasa sehingga 31 Disember, 2009…”

“DYMM Sultan Perak tidak mempunyai kuasa sebagai Pemerintah Negeri Perak di dalam mana-mana keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri Perak dan mengikut undang-undang Istana tidak boleh mengarahkan kerajaan Negeri untuk melantik semula Dato’ Jamry Sury”





“Sultan Perak tidak berhak melantik semula pegawai kerajaan termasuk di Jabatan Agama Islam Perak.”


Tak betoi tuuuu… Konvensyen antara Kerajaan Negeri dan Istana dah dibuat lame dan udah pun SETUJU…

Apa kata Dato’ Zahid Hamidi..
“ Kedaulatan Raja mengatasi kedaulatan DAP yang mahu mengDAPkan Perak.”

MENGAPAKAH PAS DIAM????... DIAM TU TANDA SETUJU LE TUUU......

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya tidak mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury kerana ia dianggap menghina Islam.

Isu kuasa Sultan dalam hal ehwal agama tidak boleh dipolitikkan kerana ia telah termaktub dan diberi kuasa penuh dalam Perlembagaan Persekutuan. Kalau ini dipertikaikan sudah tentu ia menyentuh sensitiviti dan hak yang terdapat pada bangsa Melayu itu sendiri.

Sejak dari dulu lagi saya lihat Karpal tidak pernah taat dan sentiasa mempertikaikan kuasa Sultan dan agama Islam walaupun semua ini sudah termaktub dalam perlembagaan.

Saya tidak tahu apakah motif sebenar Karpal cuba berbuat begitu sejak dari dulu lagi. Siapa jua akan tersinggung jika sesuatu perubahan dilakukan dibawah kuasanya tanpa pengetahuan seperti pertukaran atau perkara berkaitan dengannya termasuk Sultan sendiri. Sepatutnya kalau hendak membuat pertukaran beritahu dahulu kepada Sultan kerana Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) memang dibawah kuasa Sultan. Inilah perkara biasa yang kita amalkan.